Irsyadee Ft Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba Mp3
Musicaddict.com

Thursday, October 14, 2010

KOMPUTER RIBA ATAU KOMPUTER DESKTOP??..TIP-TIP MEMILIH


Bila memegang jawatan yang bergelumang dengan bidang ICT, secara automatiknya aku di angkat sebagai penasihat dalam masalah yang melibatkan komputer juga menjadi penasihat pada orang lain dalam pembelian komputer. Walhal bukannya aku berasal dari bidang ICT. Tapi melalui pengalaman sendiri dan orang lain di sini sedikit pengetahuan yang aku kongsikan untuk mereka yang ingin membeli komputer tapi tidak tahu sama ada mahu komputer riba atau komputer desktop. ..

*Dengan spesifikasi komputer yang sama, harga desktop akan jauh lebih murah berbanding laptop. Katakan anda mahu membeli sebuah komputer untuk tujuan bermain game, jadi anda perlukan komputer yang mempunyai grafik kad yang canggih, dan juga RAM dan Processor yang berkuasa tinggi.

Untuk tujuan gaming, harga sebuah laptop akan berada antara RM4000 ke RM10,000. Mahal bukan? Namun jika anda beralih ke desktop, tak mustahil untuk mendapat harga serendah RM2500*.

Ciri-ciri komputer riba dan desktop:


KOMPUTER RIBA

1. -MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA
2. -JIKA ANDA BERKONGSI DENGAN KELUARGA, KOMPUTER RIBA KURANG SESUAI MEMANDANGKAN KEGUNAANYA LEBIH KEPADA MILIK PERIBADI
3. -LEBIH TERPERINCI DALAM PENJAGAAN (PERLU DI TUTUP SELEPAS 3 HINGGA 4 JAM)
4. -DAPAT DIGUNAKAN DIMANA-MANA (ADA BATERI)
5. -KURANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEN ‘DOWNLOAD’ CERITA BERKAPASITI TINGGI, ATAU BERMAIN PERMAINAN BERKAPASITI TINGGI
6. -ALAT PENGGANTIAN MAHAL, SUKAR DIBAIKI SEKIRANYA ROSAK.


KOMPUTER DESKTOP

1. -TAHAN LASAK
2. -JIKA ANDA BERKONGSI DENGAN KELUARGA, MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMANTAU PENGGUNAAN TERUTAMANYA ANAK-ANAK ANDA
3. -MELIBATKAN PENGGUNAAN YANG TERHAD PADA SATU-SATU TEMPAT DAN BERAT
4. -BOLEH DIBUKA SEHINGGA 24JAM, KURANG MEMERLUKAN PENJAGAAN
5. -SESUAI UNTUK MEN ‘DOWNLOAD’ CERITA BERKAPASITI TINGGI, ATAU BERMAIN PERMAINAN BERKAPASITI TINGGI.
6. -MUDAH DI BAIKI SEKIRANYA ROSAK DAN MUDAH UNTUK PENGGANTIAN DAN PENAMBAHAN BARANG-BARANG (UPGRADE).


2 comments: