Irsyadee Ft Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba Mp3
Musicaddict.com

Monday, March 5, 2012

Mengatasi Rasa Mual

Perasaan mual, loya dan muntah selalu dan kerap berlaku di awal kandungan. Perasaan ini membuatkan badan merasa letih, dan kurang selera makan. Biasanya wanita mengalami keadaan ini ketika usia kandungan masuk minggu ke tiga sehingga mingu ke sepuluh. namun ia bergantung pada seseorang individu. Ada juga yang mengalami alahan ini sehingga kandungan mencecah 6 bulan.
Di sini saya kongsikan tip-tip yang saya perolehi untuk mengawal rasa mual:
1. Kenal pasti punca mual dan jauhkan daripadanya.
cth: Kalau alah pada bau masakan, buat masa ni duduk bilik, tapi jika terpaksa ke dapur, gunala minyak angin.
2. Cuba makan asam atau makan gula-gula berangin.
3. Cari makanan yang betul-betul boleh memberi khasiat tapi tidak menyebabkan anda muntah( jika anda mengalami masalah makan nasi).
cth: cuba makan roti, susu, minuman buah-buahan, makan buah. Anda perlu makan untuk mengekalkan kesihatan dan memberi tenaga pada tubuh.
4. Cuba fikirkan atau sibukan diri memikirkan benda-benda yang membuat anda lupa tentang rasa mual yang sedang anda hadapi.
5. Mandilah untuk kesegaran. Badan anda akan segar dan perasaan mual akan hilang sedikit.
6.Jika terpaksa. Anda perlu muntah. kerana selepas itu anda akan rasa lega. Tapi jika terlalu kerap muntah, jangan lupa ambil ubat tahan muntah yang diberi oleh doktor.

Sekian..selamat mencuba.

Saturday, March 3, 2012

Mendalami Erti Syukur

" Janganlah kalian membunuh anak-anak kalian kerana takut kelaparan. Kamilah yang memberi rezeki kalian dan mereka..."(Al-An'am:151)
Hati gusar, namun bila aku kembali melihat firman Allah dan segala hikmah yang aku perolehi atas segala kesulitan, hatiku kembali syukur dengan nikmat tuhan yang tak terhingga.
Ya Allah..tuhanku yang Esa..hanya padamu ku titipkan doa kudusku. Aku adalah selemah-lemah hambamu yang cuba bertongkat pada iman yang setipis-tipisnya. tapi keyakinanku terhadapmu tidak akan goyah. Tidak sekali-kali.
Mengenang kembali saat Kau menganugerahkan aku sebuah perkhawinan atas penantianku selama 5 tahun pada dirinya. Dan kerana itu juga kau berikan aku hadiah atas perkhawinan itu pula. Hadiah yang tidak ternilai. Satu nyawa yang suci yang bakal mematangkan dan menyerikan lagi perkhawinanku. Ya Allah, syukurnya aku terhadapmu.
Ampunkan aku Ya Allah kerana ketamakan dunia membuatkan aku lupa bersyukur. Ya Allah, terlalu lemahnya diriku ini, ujian yang sedikit sahaja sudah membuatkan aku lupa atas apa yang diberi.
Aku tahu, satu persatu kau makbulkan doaku. Aku yakin kau akan makbulkan permintaanku, dan aku tetap akan meminta, kerana sesungguhnya hanya Kau yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. " Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah"