Irsyadee Ft Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba Mp3
Musicaddict.com

Wednesday, October 13, 2010

Bila Kenyataan Tak Sama Dengan Impian

Hari-hari ada sahaja impian yang kita taburkan diminda. Misalnya sebelum tidur, impian esok ingin bagun awal pergi kerja, atau mungkin dengan berharap kerja dengan lebih rajin dan memastikan segala kerja yang masih tersisa akan selesai sebelum pulang. semua impian itu akan terus dipanjangkan dari sehari ke sehari dan akan hanya bergelar impian selagi tidak tertunai.
Adakalanya, kita tidak pernah menyedari sesuatu impian remeh itu menggambarkan impian kita yang lebih besar. Apabila impian yang lebih besar itu tidak kesampaian kita mudah bersungut menyalahkan takdir yang tidak berpihak pada kita. Sedangkan impian yang kecil seperti ingin bagun pagi, ingin bekerja keras itu payah untuk kita gapai, bagaimana pula mahu mendaki impian yang lebih tinggi. Bukankah sesuatu itu bermula dengan perkara yang kecil?

No comments:

Post a Comment