Irsyadee Ft Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba Mp3
Musicaddict.com

Tuesday, October 4, 2011

Suatu masa kita akan tua....


assalamualaikum..
Hari ini aku ingin berkongsikan sebuah cerita yang mencuit hati, sebuah kisah benar yang mungkin boleh kita renungkan bersama

Aku mempunyai ramai ibu saudara yang telah uzur...(memandangkan ibuku yang merupakan anak bongsu dari 9 adik-beradik pun sudah mencecah 60-an)...memandangkan umur mereka ku kira sudah menghampiri 80-an..simtom-simtom hilang ingatan sudah mula kelihatan. Salah seorang daripada mereka (aku namakan A) hanya boleh mengingati peristiwa lama yang sudah berlaku 10 tahun lalu, manakala seorang yang lain (aku namakan B) mula menampakkan tanda-tanda yang sama. Satu hari B yang tinggal dikampung pergi menziarahi A dirumah A. Setiap kali makcik A terlihat akan makcik B yang ada dirumahnya, dia pasti memeluk erat dan berkata "lamanya kita tak berjumpa..."sambil mencium pipi adiknya walaupun sudah masuk hari ke-3. Entah macammana satu hari makcik A terasa yang dia berada di kampung (di rumah makcik B). anak makcik A berkata kepada makcik A "mak, jemputlah makcik B makan" lantas di jawab oleh makcik A "la...inikan rumah dia, watpe nak jemput, kalau dia nak makan, dia pandai ambik sendiri"jawapan makcik A itu didengari oleh makcik B. terasala hati makcik B mendengarnya.. setiap hari begitulah situasinya, betul kata orang, besar pahala menjaga ibubapa yang sudah tua. kerana nak mendapatkan pahala yang besar itu menuntut kesabaran yang tinggi. Dan ketika ini mungkin kita boleh tersenyum melihat telatah mereka, satu hari nanti, suatu ketika kita tua, mungkinkah begitu juga?dan adakah anak-anak yang sabar dan tahan menjaga kita??

Thursday, January 13, 2011

Peperangan dan Berperang..(Monolog Seorang hamba...)

Hari ini dan seminggu kebelakangan ini, letupan demi letupan kuat kedengaran di hati..mungkin kerana terlalu memikirkan harapan yang tidak kesampaian, kerjaya yang tak menyebelahi, perasaan yang kerap terluka, dalam masa yang sama mencari kekuatan diri sendiri menyebabkan perang meletus dengan tiba-tiba...Sehingga adakalanya simbahan air mata pada kubu-kubu pertahanan hati terpaksa dilakuka demi memadam api daripada terus marak meruntuhkan kubu-kubu yang rapuh. Laungan kalimah Allah berselang seli dengan tembakan meriam nafsu silih berganti.
Hebatnya didalam sini...di mana iman, akal dan nafsu sering berselisihan dalam mencari jawapan dan akan aku pastikan Iman yang akan memenangi segenap penjuru di benakku, di sanubariku, di setiap sudut yang dipinjamkan untukku...
Letupan demi letupan yang kuat kedengaran itu juga, akan aku pastikan letupan dari meriam yang berbunyikan keredhaan yang akan mengalahkan setiap nafsu yang tidak pernah syukur. Begitu sukar untuk mencari kemenangan keredhaan menghadapi Qada' dan Qadar...
Namun aku harus berjuang kerana hadiah yang maha hebat sedang menantiku di sana...Doakan agar aku berjaya dalam peperangan ini!Moga esok dapatku kibarkan panji kemenangan diriku...

Coretan : AZIE

Adakalanya....

Adakalanya
aku pun tak mengerti apakah mahuku
Adakalanya
Aku juga tak mengerti mana tabahku
Adakalanya
Aku tidak Mengerti mengapa aku??
Adakalanya..
Aku Jadi tidak bersyukur...
Tuhanku...
HambaMu ini amat lemah
Iman ini tidak tebal mana
Kaki ini tidak selaju mana
hati ini tidak seteguh mana
Jiwa ini tidak sekenyal mana
Tuhanku..
Kau ampuni aku yang penuh dosa
Kau rapati aku yang penuh hampa
Kau bimbingi aku yang hilang arah
Kau campakan Nur dalam jiwaku yang gelap gelita
TanpaMu Tuhanku
Apalah dayaku
Kerana Adakalanya aku teralpha
Dengan Nikmat Dunia

Coretanku: AZIE