1.    Janganlah  engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana  sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. 
 2.    Jadikan  cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. 
 3.    Bersungguh-sungguhlah  engkau mencari syurga. 
 4.    Putuskan  harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu  sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. 
 5.    Rajinlah  mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya  pertolongan itu berserta qiamullail. 
 Ibrahim  bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan  saya  tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka,  berikanlah  nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada  Allah  S.W.T.
 Lalu  mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
 1.    Orang  yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran  hatinya. 
 2.    Orang  yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata  himat darinya. 
 3.    Orang  yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan  sangat kemanisan ibadahnya. 
 4.    Orang  yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul  khatimahnya. 
 5.    Orang  yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. 
 6.    Orang  yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu  harapkan sangat kelurusan agamanya. 
 7.    Orang  yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan  keredhaan Allah daripadanya." 
 
No comments:
Post a Comment