Friday, October 15, 2010
Semalam, Hari Ini Dan Esok...
Minggu perkhemahan pun bermula. Syok betul tengok budak-budak memasang khemah di padang. Terasa baru semalam aku berada di tempat mereka...Cepat betul masa berlalu aku rasa. Namun bila berhadapan dengan dunia sebenar realiti kehidupan dalam menunggu dan menghadapi sesuatu ujian aku rasakan seperti masa dan bumi seakan tergantung
Sebenarnya, setiap apa yang kita lalui adalah saat yang indah dan sangat indah apabila cabaran dan dugaan yang kita hadapi dapat diharungi dengan berjaya. Harapnya saat aku melangkah kehadapan dan berusaha mengharungi ujian hidup ini aku akan mengingati setiap dugaan yang pernah aku tempuhi dulu dengan jayanya....
Teringat aku pepatah inggeris yang dapat aku terjemahkan disini." Kita mungkin menyalahkan takdir tapi di penghujungnya kita kena terima hakikat...(tapi sebagai umat Islam janganlah sesekali kita menyalahkan takdir)..Allah itu Maha mengetahui...

Thursday, October 14, 2010
Sehari Sepotong Ayat
Abu Zar R.A berkata: Rasullullah S.A.W bersabda kepada saya: " Janganlah Meremehkan (memperkecilkan) perbuatan sesuatupun, walaupun sekadar menyambut kawan dengan muka yang manis." (HR Muslim)
Doa..
Pernahkah anda terfikir,,,mengapa doa sering kali lambat untuk dimakbulkan? Setiap hari berdoa tapi masih belum dimakbulkan?..Sesungguhnya itu semua adalah dugaan dari Allah untuk menguji kesabaran hambanya. Mungkin juga kerana Allah amat menyayangi kita kerana takut jika di berikan kesenangan akan sering melupainNya. Adakalanya ia berpunca dari diri kita sendiri. Ialahkan..kalau tiap-tiap hari kita doa benda yang sama, semakin hafal dan kemudian semakin tak menjiwai sehingga kadang-kadang tak tahu apa yang di doakan sementelah otak ligat berputar..Itu adalah kesilapan diri kita tanpa sedar. Sebab itu nak khusuk dalam sembahyang kena tau makna setiap ayat. Dan sebab itu kalau kita lihat, antara sebab doa kanak-kanak lebih mustajab adalah kerana mereka berdoa atas apa yang mereka faham dan mahu dengan hati yang ikhlas....
KOMPUTER RIBA ATAU KOMPUTER DESKTOP??..TIP-TIP MEMILIH

Bila memegang jawatan yang bergelumang dengan bidang ICT, secara automatiknya aku di angkat sebagai penasihat dalam masalah yang melibatkan komputer juga menjadi penasihat pada orang lain dalam pembelian komputer. Walhal bukannya aku berasal dari bidang ICT. Tapi melalui pengalaman sendiri dan orang lain di sini sedikit pengetahuan yang aku kongsikan untuk mereka yang ingin membeli komputer tapi tidak tahu sama ada mahu komputer riba atau komputer desktop. ..
*Dengan spesifikasi komputer yang sama, harga desktop akan jauh lebih murah berbanding laptop. Katakan anda mahu membeli sebuah komputer untuk tujuan bermain game, jadi anda perlukan komputer yang mempunyai grafik kad yang canggih, dan juga RAM dan Processor yang berkuasa tinggi.
Untuk tujuan gaming, harga sebuah laptop akan berada antara RM4000 ke RM10,000. Mahal bukan? Namun jika anda beralih ke desktop, tak mustahil untuk mendapat harga serendah RM2500*.
Ciri-ciri komputer riba dan desktop:
1. -MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA
2. -JIKA ANDA BERKONGSI DENGAN KELUARGA, KOMPUTER RIBA KURANG SESUAI MEMANDANGKAN KEGUNAANYA LEBIH KEPADA MILIK PERIBADI
3. -LEBIH TERPERINCI DALAM PENJAGAAN (PERLU DI TUTUP SELEPAS 3 HINGGA 4 JAM)
4. -DAPAT DIGUNAKAN DIMANA-MANA (ADA BATERI)
5. -KURANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEN ‘DOWNLOAD’ CERITA BERKAPASITI TINGGI, ATAU BERMAIN PERMAINAN BERKAPASITI TINGGI
6. -ALAT PENGGANTIAN MAHAL, SUKAR DIBAIKI SEKIRANYA ROSAK.
KOMPUTER DESKTOP
1. -TAHAN LASAK2. -JIKA ANDA BERKONGSI DENGAN KELUARGA, MEMUDAHKAN AND

3. -MELIBATKAN PENGGUNAAN YANG TERHAD PADA SATU-SATU TEMPAT DAN BERAT
4. -BOLEH DIBUKA SEHINGGA 24JAM, KURANG MEMERLUKAN PENJAGAAN
5. -SESUAI UNTUK MEN ‘DOWNLOAD’ CERITA BERKAPASITI TINGGI, ATAU BERMAIN PERMAINAN BERKAPASITI TINGGI.
6. -MUDAH DI BAIKI SEKIRANYA ROSAK DAN MUDAH UNTUK PENGGANTIAN DAN PENAMBAHAN BARANG-BARANG (UPGRADE).
Sehari Sepotong Ayat
Mutiara Kata
Malik bin Dinar dari Al-ahnaf bin Qays berkata: "Umar R.A berkata kepadaku;
1. Sesiapa Yang Banyak Ketawa kurang kewibawaannya
2. Sesiapa yang suka bergurau akan diremeh dan direndahkan oleh orang
3. Sesiapa yang membiasakan sesuatu akan terkenal dengan kebiasaan itu
4. Sesiapa yang banyak cakap akan banyak salahnya dan apabila banyak salahnya akan hilang malunya
5. Sesiapa yang hilang malunya maka kuranglah waraknya (hati) dan yang kurang waraknya akan matilah hatinya
6. Sesiapa yang mati hatinya, maka neraka itu adalah layak baginya

Wednesday, October 13, 2010
Bila Kenyataan Tak Sama Dengan Impian
Hari-hari ada sahaja impian yang kita taburkan diminda. Misalnya sebelum tidur, impian esok ingin bagun awal pergi kerja, atau mungkin dengan berharap kerja dengan lebih rajin dan memastikan segala kerja yang masih tersisa akan selesai sebelum pulang. semua impian itu akan terus dipanjangkan dari sehari ke sehari dan akan hanya bergelar impian selagi tidak tertunai.
Adakalanya, kita tidak pernah menyedari sesuatu impian remeh itu menggambarkan impian kita yang lebih besar. Apabila impian yang lebih besar itu tidak kesampaian kita mudah bersungut menyalahkan takdir yang tidak berpihak pada kita. Sedangkan impian yang kecil seperti ingin bagun pagi, ingin bekerja keras itu payah untuk kita gapai, bagaimana pula mahu mendaki impian yang lebih tinggi. Bukankah sesuatu itu bermula dengan perkara yang kecil?

Subscribe to:
Posts (Atom)