Irsyadee Ft Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba Mp3
Musicaddict.com

Saturday, March 3, 2012

Mendalami Erti Syukur

" Janganlah kalian membunuh anak-anak kalian kerana takut kelaparan. Kamilah yang memberi rezeki kalian dan mereka..."(Al-An'am:151)
Hati gusar, namun bila aku kembali melihat firman Allah dan segala hikmah yang aku perolehi atas segala kesulitan, hatiku kembali syukur dengan nikmat tuhan yang tak terhingga.
Ya Allah..tuhanku yang Esa..hanya padamu ku titipkan doa kudusku. Aku adalah selemah-lemah hambamu yang cuba bertongkat pada iman yang setipis-tipisnya. tapi keyakinanku terhadapmu tidak akan goyah. Tidak sekali-kali.
Mengenang kembali saat Kau menganugerahkan aku sebuah perkhawinan atas penantianku selama 5 tahun pada dirinya. Dan kerana itu juga kau berikan aku hadiah atas perkhawinan itu pula. Hadiah yang tidak ternilai. Satu nyawa yang suci yang bakal mematangkan dan menyerikan lagi perkhawinanku. Ya Allah, syukurnya aku terhadapmu.
Ampunkan aku Ya Allah kerana ketamakan dunia membuatkan aku lupa bersyukur. Ya Allah, terlalu lemahnya diriku ini, ujian yang sedikit sahaja sudah membuatkan aku lupa atas apa yang diberi.
Aku tahu, satu persatu kau makbulkan doaku. Aku yakin kau akan makbulkan permintaanku, dan aku tetap akan meminta, kerana sesungguhnya hanya Kau yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. " Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment