Irsyadee Ft Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba Mp3
Musicaddict.com

Monday, November 1, 2010

Pesanan buat Adik-Adik/Siswa-Siswi

Musim peperiksaan bermula dikalangan pelajar universiti juga untuk pelajar-pelajar yang bakal berhadapan dengan STPM. Melihatkan kesungguhan adik-adik ku berjuang dalam pelajaran mereka membuahkan kerinduan yang amat mendalam pada kehidupan kampus. Kebiasaan musim begini malam menjadi siang di kampus kerana siswa dan siswi menggunakan setiap penjuru yang ada untuk mencari keselesaan dalam menuntut ilmu.. Pun begitu, aku bukanlah antara graduan yang tersohor untuk aku maklumkan mengenai kejayaanku. Namun aku bersyukur berkat doa ibu bapa, keluarga dan diri sendiri serta usaha yang tak pernah jemu akhirnya Ijazah Kejuruteraan itu miliku. Buat adik-adik, aku menempuhi zaman kampus dengan air mata yang banyak mengalir. setiap semesta pastinya ada tangisan bila melihat keputusan yang tidak seberapa bebanding dengan usaha. Cemburu yang amat sangat bila melihat orang yang lebih bijak yang hanya mentelaah seminit dua ku andaikan tapi masih mampu mendapat kputusan cemerlang... Buat adik-adik, jangan berputus asa. Rezeki setiap manusia itu berbeza. namun tuhan tidak pernah kejam pada hambanya. Di peruntukkan kita ini, dan yang itu untuk yang lain. Namun jangan sekali kecewa dan menyalahkan suratan takdir. Mungkin masa kita akan sampai bila bekerjaya nanti..Hanya Allah yang tahu. Adakalanya ilmu itu tidak datang dengan sebab dosa kita pada Tuhan, Ibubapa dan orang sekeliling. Adakalanya dengan sebab hati yang tidak ikhlas semasa menuntutnya. Ada juga dengan sebab tuhan mahu memberikan sesuatu yang lain dari yang lain untuk kita. Setiap apa yang berlaku, sentiasa yakin dengan pencipta dan berdoa. Mungkin adik-adik hanya nampak susahnya hari ini tapi mungkin hari yang lain adik-adik nampak kesenangannya. Percayalah, bila kita tetap berusaha dan redha, akan datang adik-adik akan nampak perjalanan hidup setelah itu lebih tersusun. Rezeki sentiasa ada untuk kita. Pun begitu ada setengah-setengah mereka yang cemerlang dalam pelajaran, tak semestinya cemerlang dalam hidup. Apa yang pastinya, hidup ini mesti ada perancangan, target dan usaha bersama doa untuk mendapatkannya. Yang lainnya bukan kuasa kita untuk menentukan. Ingat rukun iman...percaya pada Qada' dan Qadar.... Semoga, usaha yang adik-adik lakukan pada hari ini akan membawa kejayaan bukan hanya di dunia, tapi di akhirat.. InsyaAllah.
GOOD LUCK

2 comments:

  1. Slm,terkesima bila bc nasihat dr azie,nsihat yg diberi olh azie mmg menginsafkan diri sy :)
    tq u very much

    ReplyDelete
  2. Mizi...Thanks atas bacaan anda...Anyway, setiap org mempunyai pengalaman yang berbeza untuk di kongsikan. Blog mizi juga mmberi inspirasi untuk saya n rakan-rakan yg membaca...Thanks again!

    ReplyDelete