Irsyadee Ft Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba Mp3
Musicaddict.com

Thursday, October 14, 2010

Sehari Sepotong Ayat

Mutiara Kata

Malik bin Dinar dari Al-ahnaf bin Qays berkata: "Umar R.A berkata kepadaku;

1. Sesiapa Yang Banyak Ketawa kurang kewibawaannya
2. Sesiapa yang suka bergurau akan diremeh dan direndahkan oleh orang
3. Sesiapa yang membiasakan sesuatu akan terkenal dengan kebiasaan itu
4. Sesiapa yang banyak cakap akan banyak salahnya dan apabila banyak salahnya akan hilang malunya
5. Sesiapa yang hilang malunya maka kuranglah waraknya (hati) dan yang kurang waraknya akan matilah hatinya
6. Sesiapa yang mati hatinya, maka neraka itu adalah layak baginya

Wednesday, October 13, 2010

Bila Kenyataan Tak Sama Dengan Impian

Hari-hari ada sahaja impian yang kita taburkan diminda. Misalnya sebelum tidur, impian esok ingin bagun awal pergi kerja, atau mungkin dengan berharap kerja dengan lebih rajin dan memastikan segala kerja yang masih tersisa akan selesai sebelum pulang. semua impian itu akan terus dipanjangkan dari sehari ke sehari dan akan hanya bergelar impian selagi tidak tertunai.
Adakalanya, kita tidak pernah menyedari sesuatu impian remeh itu menggambarkan impian kita yang lebih besar. Apabila impian yang lebih besar itu tidak kesampaian kita mudah bersungut menyalahkan takdir yang tidak berpihak pada kita. Sedangkan impian yang kecil seperti ingin bagun pagi, ingin bekerja keras itu payah untuk kita gapai, bagaimana pula mahu mendaki impian yang lebih tinggi. Bukankah sesuatu itu bermula dengan perkara yang kecil?

Tuesday, August 18, 2009

Aku yang mampu tersenyum

Alhamdulillah, berjaya gak aku menghasilkan blog sendiri..bkn kerana ape..server yang lambat ni buat aku pening kepala ketika menggunakannye...ko bayangkanla..kdg2 aku nak buka email sndiri pun tak bleh..tapi bila pikir2 blik, yang aku guna ni pun hak kerajaan Malaysia, da ok le tu ada intenet wlaupun tak cukup syarat...